Andainya suatu hari nanti antara kita
dilimpahkan dengan kemewahan….
Selalu
ingatilah,tegurilah,nasihatilah
Kerana kemewahan itu kadangkala
membuatkan kita lupa dan leka padaNya…..
Andainya suatu hari nanti antara kita
dipuncak kejayaan….
Selalu
ingatilah,tegurilah,nasihatilah
Kerana kadangkala kejayaan itu
membuatkan kita bangga dan lupa asal usul kita…
Andainya suatu hari nanti antara kita
ditimpa kesusahan…..
Doronglah,bantulah,
Kerana dengan dorongan dan bantuan
itu akan membina semangat kita semula…
Andainya suatu hari nanti antara kita
ditimpa musibah/sakit…
Berilah kekuatan,semangat,dampingilah
Kerana itu adalah pengerat kasih sayang
antara kita untuk menguji kasih sayang kita…..
Dan sesungguhnya setiap perkara yang
Allah berikan kepada kita….
Sama ada ianya menggembirakan atau
menyedihkan
Ianya merupakan satu ujian buat kita
sebagai hambanya
Kita seharusnya bersyukur kerana kita
adalah insan istimewa yang dipilih oleh Allah
Agar dapat kita selalu mendekatkan
diri kepadaNya
Agar kita tidak lalai dan leka
denganNya
Dan dengan dugaan itu dapat
mengeratkan hubungan kasih sayang antara kita
Seandainya kita redha dan terima
ujian yang Allah berikan kepada kita….
A’in Shaihin
8.8.2012/19 Ramadhan 1433H
*utk sayang bb a.k.a NORAIN BINTI AHMAD, ^-^ Encik BB xdapat nak janjikan
kemewahan@kekayaan tapi Insya Allah Encik BB mampu untuk berikan:
- BB xde harta yg banyak tp BB hanya ada Sejadah&Al-Quran untuk sayang
sebagai panduan dan pegangan hidup kita
- Imam,Ketua dan Pelindung dalam keluarga kita
- Kasih Sayang yg x berbelah bahagi walau apepun keadaan diri sayang akan bb
terima
- Kegembiraan dan Pergaduhan ( ha3 dah lame bb x gaduh dgn sayang kan ) ;-)
Selamat Mengharungi 19 Ramadhan 1433H dengan keceriaan&ketenangan.Jaga
diri&sweet smile d orange alwayzzzzzz














