TARIKH LAHIR KU

Rabu, 8 Ogos 2012

Andainya....


Andainya suatu hari nanti antara kita dilimpahkan dengan kemewahan….
Selalu ingatilah,tegurilah,nasihatilah
Kerana kemewahan itu kadangkala membuatkan kita lupa dan leka padaNya…..

Andainya suatu hari nanti antara kita dipuncak kejayaan….
Selalu ingatilah,tegurilah,nasihatilah
Kerana kadangkala kejayaan itu membuatkan kita bangga dan lupa asal usul kita…

Andainya suatu hari nanti antara kita ditimpa kesusahan…..
Doronglah,bantulah,
Kerana dengan dorongan dan bantuan itu akan membina semangat kita semula…

Andainya suatu hari nanti antara kita ditimpa musibah/sakit…
Berilah kekuatan,semangat,dampingilah
Kerana itu adalah pengerat kasih sayang antara kita untuk menguji kasih sayang kita…..

Dan sesungguhnya setiap perkara yang Allah berikan kepada kita….
Sama ada ianya menggembirakan atau menyedihkan
Ianya merupakan satu ujian buat kita sebagai hambanya
Kita seharusnya bersyukur kerana kita adalah insan istimewa yang dipilih oleh Allah
Agar dapat kita selalu mendekatkan diri kepadaNya
Agar kita tidak lalai dan leka denganNya
Dan dengan dugaan itu dapat mengeratkan hubungan kasih sayang antara kita
Seandainya kita redha dan terima ujian yang Allah berikan kepada kita….

A’in Shaihin
8.8.2012/19 Ramadhan 1433H

*utk sayang bb a.k.a NORAIN BINTI AHMAD, ^-^ Encik BB xdapat nak janjikan kemewahan@kekayaan tapi Insya Allah Encik BB mampu untuk berikan:
- BB xde harta yg banyak tp BB hanya ada Sejadah&Al-Quran untuk sayang sebagai panduan dan  pegangan hidup kita
- Imam,Ketua dan Pelindung dalam keluarga kita
- Kasih Sayang yg x berbelah bahagi walau apepun keadaan diri sayang akan bb terima
- Kegembiraan dan Pergaduhan ( ha3 dah lame bb x gaduh dgn sayang kan ) ;-)

Selamat Mengharungi 19 Ramadhan 1433H dengan keceriaan&ketenangan.Jaga diri&sweet smile d orange alwayzzzzzz



4 ulasan:

hidupku ada kamu.blogspot.com.my berkata...

tima kasih En BB kerana sudi beri ruang untuk syg awk ni menumpang kasih syg En BB...syg tk harapkan kemewahan dunia tp syg mencari seseorg yang boleh mjadi imam ketika solat, ketua keluarga yg boleh membimbing dan boleh memberi pelindungan suatu hari nnt..^_^ gaduh2 syg ek???

A'in berkata...

sama2 cik Sayang,tp en BB xmo bagi cik Sayang menumpang kasih syg en BB la...En BB nk bagi tinggal melekat terus kasih sayang tu dlm hati en BB ^-^..ha3 dulu mana ade gaduh2 syg,skang ni dh boleh,hik3..

eMMe berkata...

tahniah... tengah bahagia sekarang ya Ain... kalo dah confirm, cecepat la bersatu menjadi ikatan yg sah, baru best 'bersayang sayang'...
lupakan luka yg lalu..
suka lah pada saat ini, bersama insan yg benar2 ikhlas bertahta di hatimu.... Me tumpang gumbira Ain...

hidupku ada kamu.blogspot.com.my berkata...

thanks emme...