Sekiranya kita cinta kepada manusia,
tak semestinya manusia cinta kepada kita,
Tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah,
Nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.
Sekiranya kita cinta kepada manusia,
kita akan cemburu kepada orang yang mencintai orang yang kita cinta.
Tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah,
kita akan turut mencinta orang yang melabuhkan cintanya kepada Allah juga.
Ya Allah,
andainya dia adalah jodoh yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
Maka,
campakkanlah ke dalam hatiku,
cinta kepadanya adalah kerana-Mu
dan campakkanlah ke dalam hatinya,
cinta kepadaku adalah kerana-Mu.
Namun,
andainya dia bukanlah jodoh yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
berikanlah aku kekuatan agar pasrah dalam mengharungi ujian yang Kau berikan kepadaku...sajak daripada Aminah Qutb
3 ulasan:
insyaAllah,amin....;-)
amin...tp boleh ke syg bb ni pasrah dgn ketentuannya???mudah2an Tuhan bantu syg untuk lebih kuat menghadapi dugaannya..
insyaAllah kalau kita slalu igt dan berdoa padanya,kekuatan tu akan ada walau seberat mana dugaan dtg.bb sendiri xtau sama ada bb kuat utk hadapi dugaan2 yg akan datang,cuma bb harap&berdoa sayang adalah utk bb hingga akhir hayat walau apepun yg terjadi pada sayang bb ni...
Catat Ulasan